Ramuan:
Untuk inti kelapa:
70g gula Melaka, dipotong kasar
50ml air
1 daun pandan, disimpulkan
120g kelapa parut (bahagian putih sahaja)
Untuk adunan:
160g tepung beras pulut
150ml air panas (bukan mendidih)
Pewarna makanan merah atau hijau
Untuk krim kelapa:
200ml susu kelapa pekat
120ml air
1 sudu besar tepung gandum
¼ sudu teh garam
Cara:
1. Sediakan inti kelapa. Letakkan gula Melaka dan air di dalam periuk dan masak sehingga gula dilarutkan. Biarkan mereneh untuk 10 minit sehingga cecair mula menjadi pekat seperti sirap.
2. Campurkan daun pandan dan kelapa parut ke dalam cecair, dan terus memasak di atas api kecil untuk 10 hingga 15 minit sehingga intinya pekat dan berkilau. Biar menyejuk dan gulungkan menjadi bebola-bebola kecil bersaiz 1sm.
3. Sediakan adunan. Letakkan tepung beras pulut di dalam mangkuk kecil dan tambahkan air panas sambil mengacau sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan liat. Bahagikan adunan ini kepada 3 bahagian, dan tambahkan setitik pewarna merah dan hijau kepada 2 bahagian, sambil membiarkan satu bahagian lagi berwarna putih.
4. Bentukkan bebola berdiameter 2sm dari adunan, dan isikan inti ke dalam rongga kecil dalam setiap bebola. Picitkan adunan untuk menutup. Susunkan bebola di dalam pinggan yand kalis panas, dan pastikan ada ruang 2 hingga 3 sm di antara setiap bebola. Anda mungkin memerlukan 2 hingga 3 pinggan.
5. Campurkan ramuan untuk krim kelapa dan kacau sehingga campurannya halus dan tidak mempunyai ketulan-ketulan. Tuangkan satu lapisan nipis krim ini di sekeliling bebola beras dan kukuskan di atas api kecil untuk 15 minit. Hidangkan panas, atau dalam suhu bilik. Puteri berendam juga boleh dikukus di dalam bakul daun pisang kecil.
