Enjoy cooking
Browse through over
650,000 tasty recipes.
Home » » About Me

About Me

Written By Unknown on Tuesday, August 5, 2014 | 6:05:00 PM

Assalamualaikum, Saya Chef Wafi ingin berkongsi tentang latar belakang dan perjalanan hidup diri saya.

Bermulanya perjalanan menceburi bidang masakan sebagai seorang chef, yang pada mulanya tiada matlamat, minat serta arah tuju, tetapi setelah menceburi dan merasainya saya telah mengambil keputusan untuk menyelami ke dalam dunia masakan  sebagai rutin untuk menempuh kehidupan yang mendatang. Langkah bermulanya saya sebagai seorang chef di mana saya menjejakan kaki di Hotel Shangri-La Penang pada masa kini dikenali sebagai Traders Hotel Penang. Saya tidak pernah terfikir bahawa kerja sebagai seorang chef ini boleh dibina dan menjadi sebagai satu kerjaya tetap sehingga hari ini. Alhamdulillah, segala apa yang dipelajari dan pengalaman sepanjang bekerja telah banyak memberi peningkatan pada mutu kerja. Hari ini, saya telah pun bertugas di Holiday Villa Cherating.


Bagi mereka yang pernah bekerja dengan saya, mahupun bersembang tentang makanan bagi sesuatu masa yang panjang, sudah tentu akan bercerita kepada anda bahawa saya gemarkan berbicara tentang “garam dan lada”. Penggunaan yang sempurna bagi kedua-dua ini adalah rahsia kepada segala masakan. Perisa lain juga boleh mengubah namun selagai mana garam dan lada tepat pada rasanya. Matlamat saya sebagai tukang masak atau chef ini adalah untuk  menjadikan garam dan lada sebagai penggoncang di atas meja saya yang hanya hiasan dalam nilai, atau bagi orang-orang dengan rasa yang sangat melampau. 

Chef Wafi~!

SHARE

About Unknown

WAFI