BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK WHOOPIE PIE :
1/2 cawan butter (suhu bilik)
1 cawan castor sugar
1 biji telur
1 sk vanilla
1 3/4 cawan all purpose flour
2/3 coco powder
1 1/2 sk baking soda
1 cawan buttermilk (1sb jus lemon + 1 cawan susu segar)
pewarna merah (tidak perlu jika membuat versi choclate)
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT KEK WHOOPIE PIE :
Panaskan Oven 180c
Pukul butter dan gula hingga kembang (2min – 3min)
Masukkan telur dan vanilla.
Satukan tepung,coco powder dan baking soda dan ayak.
Masukkan tepung kedalam adunan yang telah dipukul berselang seli dengan buttermilk.
Bermula dengan tepung dan akhir dengan tepung (tepung,buttermilk & tepung)
Setelah adunan sebati,sediakan dulang pembakar biskut.
Sudukan adunan diatas dulang penbakar sebanyak sesudu atau lebih jika mahu bentuk yang besar tetapi untuk bentuk yang cantik sesudu adalah memadai.
Jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang.
Bakar selama 8min atau bila ditekan ia tidak tenggelam dan biarkan sejuk.
Kek akan disapu atau di pipping dengan butter cream atau cream cheese filling di tengah dan dikapit seperti sandwich.
Untuk menghindar dari kek menjadi kering,selesai dikapit,cake tapi hendaklah dibalut dengan plastic wrap secara berasingan.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT CREAM KEK WHOOPIE PIE :
200gm sugar
4 biji putih telur
300gm butter
300gm shortening
180gm Cream Cheese
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT CREAM KEK WHOOPIE PIE :
Masak gula atas api sederhana hingga menjadi sirap pekat
Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan sirap perlahan2
Bila telah kembang,masukkan butter,shortening & cream cheese
Pukul lagi hingga kembang dan kental.
