Enjoy cooking
Browse through over
650,000 tasty recipes.
Home » » MEE REBUS

MEE REBUS

Written By Chef - Wafi - Admin on Sunday, November 19, 2017 | 4:46:00 PM



Bahan-Bahan

1 kg mee kuning
4 biji limau kasturi - belah 2
4 biji telur rebus - kupas dan belah 2
150 gm taugeh - buang ekor
2 keping tauhu - goreng dan hiris nipis
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
2 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
bawang goreng secukupnya
Kuah mee rebus ##
Bahan Kuah Mee Rebus

500 gm kaledek
500 gm daging lembu
1 biji tomato - belah 4
1/3 cawan kacang tanah - goreng tanpa minayk dan kisar halus
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca tauco - tumbuk lumat
1 cm lengkuas - dititik
2 sudu besar udang kering - opsyenal
5 biji bawang merah #
3 ulas bawang putih #
1cm halia # (tanda # tumbuk halus)
1/4 cawan minyak masak
garam dan gula secukup rasa
5 cawan air
Cara Membuat Mee Rebus


A. Untuk Kuah


#1. mula hiris nipis daging lembu kemudian rebus hingga lembut dan kaledek juga direbus hingga lembut dan kisar halus.


#2. sementara itu panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga naik bau dan masukkan rempah kari daging dan taucho, selepas itu kacau hingga rata.


#3. masukkan daging (apabila daging rebus masukkan sekali air rebusanya) juga air, keldek, lengkuas kemudian masak menggunakan api perlahan selama lebih kurang 20 minit.


#4. masukkan kacang tanah yang sudah dikisar halus tadi bersama tomato dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. akhir sekali, masak hingga kuah menjadi pekat.


Cara Menyediakan Mee Rebus


#1. celur taugeh dan mee mengikut kuantiti yang diperlukan dan letakkan dalam bekas yang sesuai. selepas itu kacau kuah dan tuangkan diatas mee.


#2. kemudian letak telur rebus, tauhu, cili hijau dan merah, hirisan daun bawang, bawang goreng dan terakhir sedikit air perasan jus limau kasturi.

SHARE

About Chef - Wafi - Admin

WAFI