SIZZLING YEE MEE
Bahan-bahan (untuk 2 orang makan):
Bawang Putih - 2 biji (hiris)
Lada Hitam - 1 sudu (Tumbuk)
Cili Kering - 2 hingga 3 tangkai (potong menyerong)
Isi Ayam - Dipotong Kecil atau Kiub
Cendawan Shitake - 8 Biji (Direndam hingga kembang)
Kicap Pekat - 2 sudu
Kicap Manis 1/2 Cawan
Sos Tiram - 1 sudu setengah
Chicken Stok - 2 sudu
Tepung Jagung - 1 sudu (Larutkan di dalam air)
Minyak - 2 sudu
Cara Penyediaan:
1. Panaskan Minyak. tumis bawang putih sebentar. masukkan ayam, cendawan dan cili kering. Kacau sebati.
2. Masukkan lada hitam, kicap manis, kicap pekat, sos tiram dan tambahkan air.
3. masukkan chicken stok.
akhir sekali masukkan tepung jagung. gaul rata hingga sedikit pekat.
Setelap siap kuah,
di dalam pot lain, masukkan yee mee tanpa minyak. buka api perlahan. tuangkan kuah yang telah disediakan tadi. masukkan telur dan tambah sayuran seperti sawi.
Boleh juga buat cili potong jika mahu lebih pedas!
Sedia dihidangkan.
Nota : tak perlu letak garam kerana chicken stok telah memberi rasa kedalam kuah.
