selain gunakan ikan, asam pedas boleh juga menggunakan daging dan ayam. tapi mengikut pendapat saya asam pedas ikan lah yang paling sedap.
sebenarnya resepi asam pedas sawi jeruk sudah banyak yang share di cik google kerana resepi ini sangat mudah. ok bila anda nak cuba dan belum masak tengah hari jom kita layan resepi sedap dibawah.
Bahan-Bahan
3 - 4 keping ikan pari - bersihkan dan toskan
3 kelopak sawi jeruk
1 kuntum bunga lawang - belah menjadi 2 bahagian
3/4 cawan pes asam jawa
1 ikub ikan pati bilis - optional
2 senduk nasi cili kisar - boleh kurangkan bila tak suka pedas
1/2 camca teh serbuk lada hitam - tumbuk halus
garam dan gula secukupnya
air secukupnya
Bahan Kisar Halus
4 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
