Bahan-Bahan
500 gm spaghetti - direbus al dente dan simpan air rebusan, ketepikan sekejap
700 gm daging kisar atau boleh guna sosej
6 ulas bawang putih - cincang
6 biji tomato - 3 biji di potong dadu dan 3 biji di kisar
2 sudu besar Mc Cormick Italian Herbs
3 sudu besar daun parsley di cincang
1 bawang besar - potong dadu dan asingkan 2 sudu untuk tumis
1 tin tomato puree
lada benggala hijau
1/2 cawan parmesan cheese - di parut
1/3 cawan minyak zaitun
garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat Spaghetti Bolognese
1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis 2 sudu bawang besar yang di potong dadu dan bawang putih cincang tadi. selepas itu masukkan daging kisar dan maska hingga daging garing sambil kacau sekali sekala.
2. kemudian masukkan italian herbs dan masak sekejap. masukkan tomato yang sudah dipotong dadu tadi dan masukan hingga tomato hancur, selepas itu masukkan tomato puree dalam tin dan tomato yang dikisar. masukkan gula dan garam secukupnya dan biarkan hingga mendidih.
3. apabila kuah terlalu pekat boleh tuangkan sedikit air rebusan spaghetti ke dalam kuah, biarkan selama 30 minit supaya kuah mereneh dengan api sederhana, kuah yang bagus adalah yang berwarna kemerahan.
4. akhir sekali, apabila kuah sudah agak pekat masukan permesan cheese, parsley, fresh milk, lada benggala, dan lebihan bawang besar yang dipotong dadu tadi. dan masak hingga semua bahan masak.
5. masukkan spaghetti yang sudah di rebus diatas pinggan kemudian tuangkan kuah diatas spaghetti dan siap untuk dihidangkan.


