Enjoy cooking
Browse through over
650,000 tasty recipes.
Home » » Resepi Sambal Sotong Kembang Berkacang

Resepi Sambal Sotong Kembang Berkacang

Written By Chef - Wafi - Admin on Saturday, October 15, 2016 | 3:54:00 PM

Bahan-Bahan:

  • 2 ekor sotong kembang
  • segenggam kacang tanah
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 senduk minyak masak
  • 1/2 cawan air asam jawa (boleh digantikan dengan 2 asam keping)
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk kisar halus:
  • 20 biji cili kering, buang biji dan direbus terlebih dahulu
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 7-8 biji bawang merah
  • 1 inci halia

Cara Penyediaan:

  1. Goreng kacang tanpa minyak (sangai) dan buang kulitnya. Kemudian kisar kasar dan ketepikan.
  2. Bersihkan sotong kembang dan bilas sedikit bersama limau nipis atau air asam jawa untuk mengelak dari rasa hanyir. Kemudian hiris sotong kembang mengikut kesukaan masing-masing.
  3. Panaskan air sehingga mendidih dan rebus sotong kembang selama lebih kurang seminit. Kemudian toskan airnya.
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dihiris nipis sehingga kekuningan.
  5. Masukkan pula bahan kisar halus dan masak di atas api perlahan sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan sotong kembang, kacang kisar dan sos tiram. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan bersama garam dan gula secukup rasa.
Tips:
Goreng kacang tanpa minyak (sangai) agak mengambil masa yang panjang. Jika anda tidak mempunyai masa, terus goreng kacang tanah di dalam minyak panas, buang kulit dan kisar kasar. Hati-hati kerana kacang cepat hangus jika digoreng di dalam minyak panas
SHARE

About Chef - Wafi - Admin

WAFI