Bahan Bahan
Ikan Bilis
2 1/2 senduk cili kisar (yang i dah siap kisar dengan bawang merah, bawang putih dan halia)
2 Asam keping
Sedikit kicap manis
Minyak untuk menggoreng ikan bilis dan menumis
Basuh dan toskan ikan bilis. Ikan bilis dan cili kisar mestilah balance kuantiti. Tumis cili kisar dengan minyak bekas goreng ikan bilis dan masukkan asam keping. Goreng sehingga cili masak. Masukkan sedikit kicap manis. Tidak perlu tambahkan garam kerana minyak bekas goreng ikan bilis sudah ada rasa masin. Masukkan ikan bilis dan biarkan seketika. Jika masih belum masin, tambahkan garam.