Ada pelbagai jenis Brownies yang boleh di buat dan terdapat pelbagai resepi mengenainya.Kali ini nak share resepi Brownies Nutella yang enak.Sedap dan mudah.
Bahan-bahan Brownies Nutella:
230 gm mentega tanpa garam
2 1/4 gula kastor
1/3 cawan Nutella
4 biji telur
1 1/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar essen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan choclate chip
Cara menyediakan Brownies Nutella:
1. Gula dan mentega di cairkan hingga sebati.Hendaklah di elakkan daripada didih.
2. Tuangkan adunan tadi ke dalam mangkuk adunan
3. Campurkan mentega dengan nutella
4. Masukkan telur dan essen vanilla
5. Pukul dengan serbuk koko
6. Campur dengan tepung,garam dan serbuk penaik.
7. Tuang di dalam loyang 12 inci.Tabur coklat chip di atasnya.
8. Bakar selama 20 minit atau hingga adunan tidak melekat pada pisau.