Enjoy cooking
Browse through over
650,000 tasty recipes.

Ayam Masak Serai

Written By Unknown on Wednesday, March 11, 2015 | 4:22:00 PM

Bahan-bahan Ayam Masak Serai:

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit
Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sebesar ibujari halia
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus


Cara menyediakan Ayam Masak Serai:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya.
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi.
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.

SHARE

About Unknown

WAFI