Ramuan:
Lapisan kelapa:
100g kerisik segar, bahagian putih sahaja
2 sudu teh tepung jagung
½ sudu teh garam
Ekstrak pandan:
5 helai besar daun pandan (50 sehingga 60g), dihiris dengan halus
60ml air
60ml santan
Ramuan adunan berlebihan:
100g tepung biasa
½ sudu teh serbuk penaik
2 biji telur (setiap satu 60g), kuning telur diasing dari putih telur
100g gula kastor
Peralatan:
Acuan kecil puteri ayu
Cara:
1. Campurkan kerisik, tepung jagung, dan garam di dalam mangkuk yang kecil dan kacau dengan perlahan-lahan. Sapukan acuan-acuan dengan minyak dan isikan satu sudu teh campuran kelapa ke dalam setiap acuan. Tekannya dengan hujung jari untuk memampatkannya.
2. Untuk menyediakan ekstrak pandan, masukkan hirisan daun pandan bersama dengan air ke dalam pengisar elektrik. Kisar sehingga ia menjadi pes halus. Picitkan pulpa dan tapiskan untuk mengasingkan ekstrak pandan yang pekat dan buangkan pulpa yang berlebihan. Anda patut menghasilkan lebih kurang 60ml jus pandan. Kacaukan ekstrak pandan ini ke dalam santan kelapa dan ketepikannya.
3. Tapiskan tepung dan serbuk penaik.
4. Pukulkan putih telur dengan pemukul elektrik sehingga puncak lembut (ataupun ‘soft peak’) mula membentuk. Tambahkan gula dan terus pukul sehingga sengit dan berkilat untuk lebih kurang 2 minit. Masukkan kuning telur dan pukul untuk satu lagi minit.
5. Tapiskan setengah kandungan tepung ke atas telur yang sudah dipukul dan gaulkannya dengan berhati-hati. Tambahkan setengah campuran kelapa dan pandan sehingga semua ramuan habis digunakan.
6. Masukkan adunan ke dalam acuan-acuan di mana kerisik diletakkan di bahagian paling bawah acuan. Isi sehingga penuh. Masukkannya ke dalam pengukus dengan api sederhana. Tutupkan pengukus dan biarkannya masak tanpa gangguan selama 12 sehingga 15 minit ataupun sehingga kuih sudah naik dan mampung. Biarkannya selama 5 minit sehingga ia boleh diketuk keluar dari acuannya dengan senang.
