Bahan-Bahan Satay
1,5 kg daging atau ayam (seelok-eloknya batang pinang)
5 camca besar gula putih
1 ketul lengkuas (saiz sebesar 1/2 buku lima)
kunyit
garam secukup rasa
5 batang serai
sedikit minyak masak
Cara Penyediaan Satay
sebenarnya cara untuk menyediakan satay sama sahaja dan anda boleh baca resepi yang sudah saya kongsikan beberapa bulan lepas Resepi satay ayam mudah.
1. mula serai dan lengkuas dikisar hingga halus kemudian campur semua bahan dan perap bersama ayam atau daging.
2. bakar satay hingga masak tapi mesti hati-hati jangan sampai lidi hangus terbakar, terbalik-balikan satay 3 - 4 kali agar matang diseluruh bahagian.
Bahan Kuah Kacang
1 kg kacang tanah - buang kulit
2 keping gula melaka
garam secukup rasa
1 mangkuk kecil air asam jawa
15 cili kering - buang biji rendam air panas dan kisar halus
Bahan Hiris Nipis
2 inci lengkuas
7 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci halia
11 biji bawang merah
Cara Penyediaan Kuah Kacang
1. panaskan minyak kemudian goreng kacang tanah yang sudah dikupas kulitnya. angkat dan kisar kasar
2. panaskan sedikit minyak dalam kuali kemudian goreng bahan hiris nipis hingga harum kemudian angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
3. panaskan kembali minyak dalam kuali (anggaran 3 senduk besar) dan goreng cili kisar bersama bahan kisar halus. goreng hingga masak. lepas tu masukan air secukupnya dan kacang tanah yang sudah dikisar dan masak hingga mendidih.
4. masukan air asam jawa, gula melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah menjadi pekat.


