Bahan Untuk tepungnya:
2 cawan tepung serba guna
3 biji telur
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
6 sudu mentega (dicairkan)
Bahan Untuk Topping:
3 biji pisang berangan
Coklat cip
Coklat spread
kacang tumbuk
4 sudu besar gula
Cara Membuatnya:
Campurkan tepung , gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata kesemua bahann dan ketepikan.
Masukkan telur dan pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan pula susu dan mentega. Kacau aduan sehingga sebati.
Selepas itu, masukkan campuran tepung, gula dan garam tadi. KAcau sehingga aduan cukup sebati.
Adunan yang sudah siap bolehlah dituangkan ke dalam kuali leper yang sudah dipanaskan dan disapukan sedikit mentega.
Lakukan seperti membuat kulit kuih gulung atau apam balik nipis. Setelah separuh masak, sapukan coklat spread ke atas tepung.
Susunkan pisang yang dihiris nipis ke atasnya.
Kemudian taburkan coklat cip dan kacang tumbuk.
Sedia dihidangkan.
