Home
»
»
Resepi Chocolate Vanilla Viennese Cookies
Bahan-Bahan:
- 175g (3/4 cawan) unsalted butter
- 40g (3 sudu besar) gula ising
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 175g (1 1/2 cawan) tepung gandum
- 40g (3 sudu besar) tepung jagung
- 1 sudu besar serbuk koko
Cara Penyediaan:
- Panaskan oven kepada suhu 170°C.
- Griskan dulang dengan mentega atau lapik dengan kertas parchment atau kertas minyak.
- Menggunakan paddle attachment (mixer), pukul gula ising bersama butter sehingga putih dan kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul seketika.
- Ayak tepung gandum dan tepung jagung kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi. Putar sehingga sekata dan lembut.
- Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian digaulkan bersama serbuk koko sehingga sekata. Satu bahagian lagi tidak perlu ditambah apa-apa lagi kerana itu adalah adunan vanilla.
- Menggunakan plastik piping yang diletakkan nozzle berbentuk bintang, masukkan doh coklat di sebelah bahagian plastik piping, dan sebelah lagi dimasukkan doh vanilla. Lurutkan ke bawah supaya doh rapat dan tiada ruang udara.
- Paipkan di atas dulang dan bakar selama 12-15 minit, atau sehingga biskut keperangan.
- Angkat dan sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara.
About
Chef - Wafi - Admin